Thursday, March 5, 2009

SIAPAKAH ANDA HARI INI

Pernahkah anda bertanya tentang Siapakah Anda Hari Ini , Pencapaian Apa Yang Telah Anda Capai Hari Ini , Apa Yang Telah Anda Miliki Hari Ini dan TAHUKAH anda :::


TINDAKAN HARI INI mempengaruhi SIAPA ANDA di MASA HADAPAN kerana
ANDA HARI INI adalah hasil apa yang anda telah lakukan pada masa lalu.

Setiap kejadian yang pernah anda alami , setiap saat yang pernah anda lalui SEMUANYA akan menyiapkan anda untuk HARI INI. Apa yang anda kecapi hari ini , pencapaian yang telah anda raih hari ini , kejayaan unggul yang telah anda miliki hari ini , kesihatan yang sihat hari ini , kebahagiaan yang anda rasa hari ini semuanya ADALAH :


Apa yang telah anda lakukan pada hari semalam dan kesan-kesan dari tindakan , fikiran , perasaan dan pengalaman anda pada masa lalu....


Jadi dengan kekuatan HARI INI , anda ambil sehelai kertas dan sebatang PEN , dengan berpandukan kepada apa yang anda telah MILIKI PADA HARI INI - hasil dari tindakan , pengalaman , perasaan dan fikiran anda pada masa lalu ..

Apakah lagi yang ingin anda capai , TANYAKAN KEPADA DIRI ANDA , ' ASK YOUR SELF' apa lagi yang ingin anda capai , yang ingin anda rasai , yang ingin anda miliki , yang ingin anda impikan. TULISKAN di atas kertas , tuliskan berdasarkan REALITI hari ini , pada Kekuatan hari ini ... Adakah anda mahu HARI ESOK masih sama seperti hari ini kerana TINDAKAN anda hari ini , PERASAAN anda hari ini , PEMIKIRAN anda hari ini akan memberi kesan kepada penciptaan REALITI HARI ESOK.

Pelari Pecut 100 meter Dunia telah memecahkan REKOD Baru pada sukan Olimpik di Beijing adakah KERANA usahanya pada hari tersebut , atau kerana usaha dan tindakannya pada seminggu sebelum atau sebulan sebelum beliau memulakan PECUTAN... Beliau pada hari itu adalah HASIL dari APA YANG beliau IMPIKAN pada masa lalu , APA YANG beliau LAKUKAN pada masa lalu , APA YANG beliau Fokuskan pada masa lalu .. MASA LALU ? Berapa lama , seminggu yang lalu , sebulan yang lalu , setahun yang lalu , 10 tahun yang lalu , 20 tahun yang lalu .... Sejak BERMULANYA sebuah IMPIAN menjadi JUARA PELARI PECUT DUNIA.

Tiger Wood pada hari ini adakah kerana apa yang dicapai hari ini adalah tindakan beliau pada hari ini? Sehari belajar bermain Golf lalu telah muncul sebagai JUARA DUNIA meraih JUTAAN Dollar. Adakah seminggu lalu bermain GOLF lalu beliau menjadi JUARA DUNIA . Adakah sebulan yang lalu memegang kayu GOLF lalu menjadi JUARA ... Ia adalah hasil dari Apa yang beliau lakukan , fokus , rasa dan fikirkan pada masa lalu. Berapa lama. Tahukah anda Tiger Wood telah menyatakan IMPIAN untuk menjadi juara DUNIA Golf sejak berumur 13 tahun lalu terus memegang kayu Golf dan setiap hari membina kemahiran , mengukuh keyakinan , membina perasaan positif , berfikir seperti juara dan bertindak dan melakukan dengan GHAIRAH untuk menjadi juara.

Jadi , apa yang anda ada pada hari ini adalah apa yang telah anda lakukan PADA MASA LALU. Anak-anak atau adik-adik berjaya mencapai 19A1 didalam SPM adakah kerana kehebatannya menjawab semasa PEPERIKSAAN SPM Sebenar. Terus mengambil peperiksaan tanpa belajar , tanpa melakukan pengorbanan perasaan dan kebebasan kehidupan , tanpa melakukan apa-apa pada MASA lalu lantas pada HARI INI MENJADI PELAJAR TERBAIK SPM. Semuanya berkaitan pada MASA lalu adakah sejak dari tingkatan 4 , atau tingkatan 1 atau dari darjah 1 atau dari umur 1 tahun

HARI INI AKAN MENJADI MASA LALU.


Ingatlah , Hari ini akan menjadi MASA lalu dan adakah anda ingin masa depan anda , kehidupan anda , kewangan anda , kebahagiaan anda , kesihatan anda , kejayaan anda dalam kerjaya SAMA seperti Hari Ini . JESTERU , mulakan dengan AMBIL PEN dan KERTAS .. Tuliskan dan Gambarkan apa yang ingin anda CAPAI dan IMPIKAN setahun , 2 tahun , 5 tahun dan 10 tahun kedepan BERMULA DARI HARI INI. Pastikan hari ini akan memberi sumbangan kepada KEJAYAAN anda pada masa hadapan.


Jadi jika anda telah melakukan bisnes MLM tetapi hari ini masih ditakuk lama termasuk diri saya ia adalah kesan dari tindakan kita pada masa lalu . Tanyakan IMPIAN , FIKIRAN , FOKUS , TINDAKAN , PERASAAN dan apa yang telah kita lakukan pada masa lalu mungkin seminggu yang lalu , sebulan yang lalu , setahun yang lalu atau 5 tahun yang lalu....


Jadi ANDALAH PENCIPTA REALITI impian anda bermula dengan tindakan HARI INI kerana siapa anda pada hari ini adalah hasil dari MASA LALU. Hari anda berpendapatan RM1500.00 sebulan adalah hasil dari usaha anda masa lalu dan ADAKAH 1 tahun kehadapan anda masih ingin RM1500.00 sebulan? ANDALAH yang menentukan REALITI KEHIDUPAN anda pada masa depan dengan membuat KEPUTUSAN pada hari ini.

BAGAIMANA IA BOLEH DICAPAI?
Tentang BAGAIMANA BOLEH DICAPAI anda tidak perlu fikirkan kerana anda telah bayangkan , lafazkan dengan rasa tenang , bahagia , ikhlas dan bersyukur biarlah ALLAH dan Alam Semesta ini mengaturkannya. Yang penting adalah anda perlu BERUSAHA dan BERIKHTIAR untuk memperbaiki dan memenuhi KEPERLUAN untuk mencapai IMPIAN anda.

LAKUKAN SESUATU YANG MEMBAHAGIAKAN ANDA HARI INI..

Sekian.

Jom KiTa bina bizness Bersama SST Smart Naco

----------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

1 Comentário:

Ilham Liyana said...

dan lagi tu nak promote brg dia.
ish ish... haha.

Pezan © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO