Sunday, January 25, 2009

Penyebab Hati Kita Sakit…

 

Last Night aku ada tengok cekrama TV3 . Banyak input gak yg aku dapat Kisahnya mengenai kehidupan anak Orang Kaya yang boleh di katakan Jahil ilmu agama gak la..Coz kiblat rumah sendiri pun tidak tahu. Ini d sebabkan hatinya sakit dan hitam.Dimana pula Kedua org tua Nya sibuk mengejar harta d dunia sahaja yang d akhirat d abaikan.

PUNCA HATI TERHIJAB 

heart2  
Sebab-sebab hati menjadi hitam dan terhijab, antaranya:
1. Kerana dosa-dosa lahir, seperti makan makanan yang haram atau syubhat, melihat dan mendengar perkara-perkara yang diharamkan.
2. Nafsu yang tidak terdidik, penuh dengan mazmumah, seperti pemarah, hasad dengki, tamak dan lain-lain.
3. Setiap dosa-dosa yang dilakukan akan membentuk bintik-bintik hitam pada hati yang merupakan hijab. Inilah yang Allah gambarkan di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Sebenarnya apa yang selalu mereka kerjakan itu (menjadi titik-titik hitam) yang menutup hati-hati mereka." (Al Muthaffifin: 14)


Bintik-bintik hitam itu akan mula membentuk di dalam hati sejak mula baligh. Cuba gambarkan kalau sudah 30 tahun bintik-bintik hitam itu bertapak di hati kita. Ia sudah menebal dan susah untuk dikikis bersih. Kerana itu penjagaan terhadap kesucian hati perlu dibuat dari awal kelahiran lagi. Anak-anak mesti dijaga dan diasuh dari kecil lagi supaya hati mereka benar-benar bersih dan terjaga. Apabila dewasa nanti hatinya hanya perlu digilap sahaja.
Bagi orang yang tidak menjaga hatinya dari kecil lagi, dan dia mula mendapat kesedaran untuk membersihkan hati sewaktu umur dewasa, dia terpaksa menempuh masa yang agak lama dalam operasi membersihkan hati.


Ini kerana dia terpaksa menempuh dua tahap iaitu:
a. Dia mesti mengikis dan membersihkan hatinya dari bintik-bintik hitam atau kotoran dosa.
Ini bukan suatu kerja yang mudah dan ia mesti melalui proses yang agak panjang.

b. Setelah mengikis dan membersihkan hati dari bintik-bintik hitam tersebut (dosa), hati mesti sentiasa digilap sehingga bersih bersinar. Mereka kena berhempas pulas untuk dapat membersihkan hati Setelah mereka mati sebelum berjaya hatinya dibersihkan, berserah kepada Allah SWT sama ada hendak diampunkan atau idiazab, seperti firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dia yang mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengazab siapa yang dikehendakiNya." (Al Baqarah: 284)
Semoga atas dasar usaha yang sedang dilakukan dalam melaksanakan niat baiknya untuk membaiki hatinya, ada nilaian dan pandangan serta pengampunan Allah SWT kepadanya.

Sebagai kesimpulan, para pemimpin dan murabbi yang terlibat di dalam mendidik manusia mesti memahami sungguh-sungguh tentang unsur-unsur yang ada di dalam diri manusia, supaya kaedah dan perlaksanaan yang dibawa di dalam pendidikan nanti tepat dan betul dengan cara yang Tuhan kehendaki.
Sehingga manusia-manusia yang dididik itu benar-benar menjadi orang yang bertaqwa. Ertinya, dia dapat memainkan peranannya dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah dan juga dapat bekerja sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ini, sesuai dengan hasrat dan perintah Tuhan.

Sehingga lahirlah hasil dari tangan-tangan mereka ini, manusia yang sangat berkasih sayang, bertolong bantu dan bertimbang rasa. Seterusnya akan lahirlah masyarakat yang damai dan mendapat keampunan Allah, sebagaimana yang gambarkan melalui firman-Nya: Maksudnya: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan." (Saba': 15)

Seja o primeiro a comentar

Pezan © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO