Saturday, January 24, 2009

Apa itu Jihad

Sekali ini aku terpikir nk post apa yang apa dimaksudkan dengan jihad !

Jihad secara umumnya bermaksud berusaha bersungguh-sungguh ke arah sesuatu yang ideal atau ke arah mencari reda Allah. Contohnya, kita wajib solat kerana ia tunggak agama dan kita juga maklum solat berjemaah di masjid ganjarannya adalah berganda.


Kita juga sedia maklum, bukan semua orang boleh bangun awal pagi semata-mata untuk bersolat Subuh berjemaah. Tetapi bagi yang insaf dan sanggup, dia akan berusaha bersungguh-sungguh mengatasi sama ada sifat malas, tarikan nafsunya untuk terus tidur dan sebagainya.


Usaha ini adalah jihad. Rasulullah SAW bersabda, jihad yang paling besar ialah jihad menentang hawa nafsu kita sendiri. Ini dalam konteks peribadi. Begitu juga dalam konteks keluarga dan masyarakat. Segala usaha gigih kita untuk menyampaikan mesej Islam adalah jihad.

Perkara yang sering menjadi tumpuan media atau pihak tertentu apabila berbicara mengenai istilah jihad ini ialah jihad mempertahankan Islam atau jihad menentang mereka yang mencabul kedaulatan Islam seperti  yang berlaku di PALESTIN DAN IRAQ.

Beberapa ayat al-Qur'an tentang Jihad yang mungkin jarang-jarang kita baca, fikir dan hayati...apatah
lagi untuk diamalkan:


Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang
terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu:
orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang
hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi
kamu tidak dapat menyedarinya. [al-Baqarah 2:154]


Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan)
ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan
janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan
peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang menceroboh. [al-Baqarah 2:190]


Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah,
dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana
Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada
permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang
zalim. [al-Baqarah 2:193]


Antara dalil mengenai jihad ialah firman Allah yang bermaksud: "Tetapi Rasul dan orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang yang beroleh kebaikan, dan mereka orang yang beruntung."  

( Surah At-Taubah, ayat 88)


Allah berfirman yang bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang yang sabar." (Surah Al-Imran, ayat 142)
Jihad dalam ayat itu merujuk kepada pengertian berperang menegakkan Islam dan melindungi orang Islam, memerangi hawa nafsu, mendermakan harta untuk Islam dan membanteras yang batil dan menegakkan yang benar.


Bagaimana menjadikan setiap amalan kita itu yang terbaik melainkan kita bersungguh-sungguh. Bagaimana mungkin boleh kita katakan kita sudah berikan yang terbaik melainkan selepas kita korbankan sedikit kesenangan seperti bersolat Subuh berjemaah.

Sama-samalah Kita berfikir…..


Adalah mudah untuk masuk syurga, tapi harganya tidak murah. Mudah kerana Allah menggariskan apa yang perlu kita lakukan, Rasulullah SAW pula menunjukkan jalannya. Tetapi ia tidak murah kerana yang harus kita korbankan ialah apa kita amat sayang, suka atau amat hargai. Dan pengorbanan yang paling tinggi ialah dengan nyawa kita bila keadaan memerlukan.

5 Comentários:

anak lagenda said...

test komen

Ilham Liyana said...

nak test komen gak lah.
komen komen komen. :D

anak lagenda said...

ahhaah...no hal

nurulsyuhaida :) said...

mari mari berjihad!

anak lagenda said...

jOm Ramai kita berjihad!!!

Pezan © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO