Khas Untuk Ibu
Walaupun aku berjauhan aku tetap mengingatimu ibu..aku disini hanya seorang diri yang ada hanya teman2ku.Tapi semuannya sudah pulang kg halaman tinggal aku keseorangan disini..tapi aku tidak berasa kesunyian kerana aku pegang pada kata2 ibu dan nasihat mu ibu…Aku rindu sangat masakan ibu..aku sudah bosan makan di kedai..Aku BoSAn!!! samapai satu ketika aku sudah tidak tahu hendak makan kedai mana..Selalunya Azlan Toyam N Nasi lemak Sempoi jadi sasaran aku…SAmPai tauke kdai mkn sudah kenal..
Antara Masakan Ibu yang aku suka :
Ikan 3 rasa
Khas Untuk Ibu…Oh Ibu…..
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
<Faizal Halim>
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment