Friday, August 14, 2009

Open Day Kolej (ICT)

Pada 8.08.09 berlangsungnya hari terbuka kolej Teknologi Pulau (ICT). Semua pelajar and Staff perlu melibatkan diri pada hari terbuka.Secara tidak langsung ia merapatkan ukwah di antara pelajar dengan staff termasuk sekali dengan pensyarah..Memang hapening time open day..macam2 event ada…

Aku juga x lepas peluang untuk melibatkan diri time open day..time open day aku ditugaskan untuk event Soduku dan juga bahagian logistik ..huuuhu bagi sesiapa yang melibat diri time open day memang memenatkan… tapi wa respect sama lu semua sebab memberi komitimen dalam menjalankan tugas..Sekiranya kita tidak memberi kotmitmen sudah pasti open day kolej kita x gempak…hahaha..

IMG_0115 My Team Work(Management)

This time my leader give task to do it…so aku dengar ja la..tak boleh menyapuk time leader bercakap..kita perlu hormati ketika leader bercakap..time open day nie ramai gak member2 aku niaga. Aku pada mulanya ada gak angan2 nak niaga time open day.. Tapi nasib x menyelebihi aku .Sedihnya x dapat niaga..

IMG_0122                   Tuu diaa…..penuh meja kalau boleh letak barang..

Hahaha Kak nie aku rasa dia ade kedai sendiri kot…bukan apa semua barang untuk kaum hawa boleh dapati .eehhe hebat2..

Antara aktiviti indoor seperti :

IMG_0133                                                   Student Vs Pensyarah

IMG_0129                           Abang2 degree kita pakat perah otak main soduku..

IMG_0138                               Tip2  buat style Rambut …Brutal la abg nie…

IMG_0160                                        Salah satu cara student berbakti …

IMG_0108                             Kempen Kesihatan…Free ja untuk pemeriksaan

Macam2 acara telah diaturkan oleh pihak kolej dan perwakilan pelajar..Bermulanya dari pukul 7.30 a.m dengan bersenam, ucapan YDP sampai 11.00 p.m..Semuanya best..

Time malam…

IMG_0174                                         Persembahan oleh pelajar.Tarian Hai-Ho..

IMG_0176               Kak Long nie..masih mahu libatkan diri walaupun penat hebat2

IMG_0187                                                    Aku and bdk hausemate

Apa yang aku dapat katakan..open day sekali mempunyai kelainan berbanding sebelum nie..paling meghiburkan adalah persembahan oleh pensyarah and staff.. Memang power lakonan mereka semua…

Selamat Maju Jaya…..

Monday, August 10, 2009

The Best Job Last Month

 

Verry fast time ago.Now dah bulan 8. last month aku selalu balik kedah..penat lelah dalam perjalanan dah sebati dalam hidup aku..pelbagai masalah aku perlu hadapi..The Big problem $$$$$ verry impotant my self..bila problem nie wujud ..Buat kerja pon x menjadi..Tapi aku atasi dengan tabah..Pelbagai cara aku lakukan..untuk pengetahuan u all aku nie suka berniaga..Biar untung sedikit pon x pe..janji aku lakukan urusniaga…Untung rugi tu…adat dalam bisness…bisness nie aku ibaratkan seperti mendaki bukit..bukan mudah kita nak mendaki ,pelbagai rintangan perlu hadapi..tapi pabila kita sampai di puncak, kita akan rasa satu kepuasan.. begitu juga dalam perniagaan.Yang paling penting sekali adlah kita perlu mempunyai semangat Juang yang tinggi dalam menghadapi apa jua masalah pon..

Satu hari jiwa aku terbakar melihat  kawan2 aku buat bisness  guna on9..boleh kata every week duit masuk….sapa x jeles..keesokkan harinya aku telofon my Dad..Tanya dia apa citer dengan SUKOM 1264? Bila dia bg signal Green Light.. pa lagi aku pon iklan di internet..

After 3 days , aku ade buyer mahu tengok, so aku  setting dengan bisness patner Bila mahu jumpa..so aku decide hari selasa kita jumpa di butterworth. they say it ok.. No Prob…

 

DSCN0785 

                                     Time nie Aku Di kampung..

Selepas semua urusan aku settle aku balik kg.. bukan pa Rindu dekat Tok aku dah lama aku x jumpa..Tapi nasib x meyebelahi aku sebab tok aku balik Pondok. dapat jumpa saudara -mara pon ok la…hehe :)

 
DSCN0784

   My Bisness patner…

2 week juga la…nk proses semua dokumen Jaguar nie..U know last day My Dad tell me This Car SOLD OUT..I’m verry happy ..I think the best JOb I do it last month..

Thanks Allah….

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya’ban

 

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:


1.Solat sunat nisfu sya'aban -
Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah


ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah


iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban) .

p/s : Tidak rugi Jika Kita mendekati Diri kepada Allah..Fikir2lah.

Tuesday, August 4, 2009

Berbasikal – Teluk bahang

basika.jpg2

Aku pada mulanya malas nk kayuh pada hari itu..sebab aku x bape sihat..Habis class terus balik rumah…apa lg tidur la…dah x bape sihat…

DSCF0122Jam  5p.m roomate aku kejut aku…apa lagi ajak kayuh basikal laaa..uhm…ak pa lagi siap la ngan muka selambanya….boleh lg duk elax kat ats siap g mandi lagi….huhuuhuhuh duk tak duk dah kat 5.30p.m…Pas habis solat asar semua baru kami start kayuhan….

Pada mulanya kami planing nk p Pantai Aceh ja…macam mana  bleh tukar pikiran nk g teluk bahang…aku rasa mungkin pada hari tu kami ade semangat luar biasa kot..hehehe…

 DSCF0123

Time nie kami dekat Teluk Bahang …huhhuuh akhirnya sampai gak ..lepak2 jap dalam 10 minit bukan apa bagi hilang penat.Tenang Fikiran..n.Nak Kumpul tenaga nk kayuh balik ke Bandar baru Air putih..huhuhuh elok sampai Rumah Azan Magrib telah  berkumandang…Berasa sekejap pula bila nk kayuh balik…Apa2 pon memang best laa kayuh basikal…SApe2 ade basikal kalau nk join no hal….di alu-alukan…heheheh…

Sunday, July 26, 2009

DOA PERLINDUNG UNTUK KAUM HAWA…

Technorati Tags: ,

muslimah

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah;

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Technorati Tags:

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ   

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

wanita-muslimah

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Petikan Dari : Ust. Zaharuddin Abd Rahman

Pezan © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO